hati kita jodoh kita semua di tangan-NYA maka jika tertulis dia untuk kita maka dia adalah jodoh kita tidak kira cepat atau lambat hanya masa yang menentukan .biarlah masa yang berganti masa setiap detik berganti saat jika hati ini ikhlas milikmu Insyaallah sehingga ke jannah~

Dua sahabat pergi menghadap ilahi

Masa kadang-2 berlalu begitu pantas percaya atau tak seorang demi seorang dari kita akan pergi meninggalkan duniawi ini .Allahurabbi mengapa begitu pantas aku rasakan . Harini setelah genap 6 bulan pemergian seorang classmate ku kini aku di kejutkan lagi dengan kehilangan seorang teman seperjuangan ketika sekolah dahulu . 

Terdiam aku sejenak , sambil aku befikir masih belum cukup amalan aku untuk di buat beukal menuju ke alam lain ya rabbi . Malam semalam tepat jam 10.05pm jam aku muhammad fakhrullah telah .menghembuskan nafas yang terakhir di wad ICU hospital kemaman kerana mengalami kompilasi pada hatinya yang dikatan pecah akibat kemalangan yang terjadi . Suasana sebak sewaktu aku sampai di perkarangan wad dgan tangisan sanak saudara beliau , para pelawat di benarkan melihat arwah , aku yang selama ini kurg rapat dgn arwah turut diruntum perasaan sedih melihat keadaan arwah ketika itu . Stelah bberaa jam mghadapi sakaratul maut akhirnya beliau pergi jua .

Hari ini tersemat dalam-2 minda aku pemergian mereka menghadap ilahi . Feko pergi setelah kami disini masih lagi merasai pemergian arwah amirul mazlan . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan kalian di kalangan orang-2 beriman .


Happiness is only real when we learn how to shared