hati kita jodoh kita semua di tangan-NYA maka jika tertulis dia untuk kita maka dia adalah jodoh kita tidak kira cepat atau lambat hanya masa yang menentukan .biarlah masa yang berganti masa setiap detik berganti saat jika hati ini ikhlas milikmu Insyaallah sehingga ke jannah~

hindari rasa marah


kehidupan kita atas muka bumi ni cukup sempurna memang sempurna di lahirkan dengan pelbagai perasaan
sayang , rindu ,benci ,meluat ,rindu ,marah banyak laa emotion yang dapat ditunjukkan bergantung pada situasi ~OHKAY entry kali ni aku cuma nak tekan kan tentang M A R A H
rasanya semua orang pernah marah kan atas pelbagai sebab kita bole marah
menurut kajian Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi  besar  ego 
seseorang lagi besar marahnya.  Ini  berkaitan pula dengan kedudukan 
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak 
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan 
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya,  maka 
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

yang nak di sharekan now adela camne nak atasi rasa marah tuu menurut islam :

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

hee soo ape lagi yang hangin tak tentu hala macam someone tuu bole laa cube langkah-II ni insyaallah terhindarlaa rasa nak marah tuu selamat mencuba aww


Graphics

Happiness is only real when we learn how to shared